Showing posts with label MGS. Show all posts
Showing posts with label MGS. Show all posts

Monday, 17 October 2011

Band Murid MGS


 Ini adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh anak didikku setelah tamat menghadapi peperiksaan UPSR. Sungguh berbakat. Cuba teka lagu apa murid ni main..?
Jawapannya ialah Justin Bieber-Baby

Sunday, 16 October 2011

Projek Muzik

Satu projek pendidikan muzik untuk murid tahap 2 telah dilaksanakan dengan jayanya.  Murid yang terlibat dalam menjayakan projek ini terdiri daripada murid tahun 5 dan 6. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mencipta alat-alat muzik daripada bahan terbuang seperti botol plastik, tin kosong, kotak, dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa gambar aktiviti yang telah dilakukan sepanjang projek tersebut.


Aktiviti ini dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu muzik. Murid-murid dibahagi dalam kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang murid.


Aktiviti ini dilakukan untuk mencungkil bakat murid-murid dalam menghasilkan inovasi alat muzik. 






Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain dalam menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.








Akhirnya inilah hasil kerja murid-murid yang begitu kreatif sekali.